Warnakala Studios, iaitu syarikat yang kini memiliki hak intelektual Didi & Friends bukan sahaja memfokuskan kepada animasi.

Daripada apa yang kami temui sendiri baru-baru ini, Warnakala Studios turut merancang untuk membangunkan beberapa permainan video tersendiri.

Terdapat tiga permainan video yang diperlihatkan dalam video ini. Pertama adalah Let’s Get Cooking, yang dilihat mungkin satu iterasi tempatan untuk Overcooked!. Kedua adalah Taubat Si Tanggang, yang menggunakan watak kisah dongeng klasik dengan permainan seakan Pokémon pada Gameboy.

Akhir sekali yang tidak berapa jelas adalah HITZ atau nama penuhnya Hantu In The Zone. Video ini dilihat disediakan untuk Malaysia Digital Creativity Festival 2021 yang sedang berlangsung dari 1-30 November.

Sohor Kini