The Duffer Brothers telah menandatangani kontrak bersama Netflix untuk terus bekerjasama dalam menghasilkan kandungan untuk Stranger Things dan banyak lagi projek lain termasuk dengan The Talisman dan Death Note. Projek-projek ini akan dihasilkan di bawah studio baharu mereka iaitu Upside Down Pictures.

Bukan itu sahaja, selepas Stranger Things 5 nanti – The Duffer Brothers dan Netflix ingin teruskan IP ini dengan siri sampingan pula.

Projek siri sampingan Stranger Things masih lagi dirahsiakan, dan setakat ini idea yang dibentangkan hanya Finn Wolfhard (Mike) sahaja tahu butirannya. Terkini, menurut Whats On Netflix siri sampingan pertama bagi IP ini dikatakan adalah sebuah anime dengan judul Stranger Things Tokyo.

Anime ini dikatakan sudah lama dalam pembangunan. Masih tiada butiran lagi, tetapi dikatakan akan memfokuskan pengembaraan di dunia Upside Down oleh dua pasangan kembar yang meminati permainan video di garis masa 1980 di Tokyo. Anime ini dikatakan mempunyai durasi selama 6 jam.

Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai anime Stranger Things ini.

Sohor Kini