Tahun 2017, Netflix telah hadir dengan satu adaptasi aksi nyata untuk Death Note. Adaptasi ini adalah untuk satu filem dengan olahan ia berlaku di negara barat. Light/Kira dilakonkan oleh Nat Wolff, Lakeith Satnfield memainkan watak L dan Ryuk pula oleh Willem Dafoe. Filem ini menerima kritikan dan prestasinya agak teruk dan sukar diterima orang ramai.

Netflix nampaknya masih tidak ingin mengalah dengan Death Note dan telah memilih pencipta Stranger Things, The Duffer Brothers untuk mengolah semula Death Note dalam bentuk aksi nyata. Walau bagaimanapun, projek ini masih lagi di peringkat awal pembangunan dan tidak pasti sama ada adakah ia filem atau siri TV.

Death Note baharu ini akan dihasilkan di bawah Upside Down Pictures iaitu studio baharu mereka dengan mengikat perjanjian bersama Netflix untuk terus hasilkan beberapa projek lagi. Hilary Leavitt (Orphan Black, Ozark) akan mengetuai studio baharu ini dan projek-projek di bawah Upside Down Pictures adalah untuk menghasilkan cerita berdasarkan inspirasi The Duffer Brothers membesar.

Sohor Kini