The Dufffer Brothers adalah antara pencipta filem kegemaran Netflix. Mereka telah menghasilkan Stranger Things yang cukup berjaya, dengan baru-baru ini menjadi siri TV Inggeris mencapai lebih 1 bilion jam tontonan untuk musim keempat. Dengan kejayaan ini, The Duffer Brothers telah membangunkan studio tersendiri – Upside Down Pictures. Mereka turut menandatangani perjanjian bersama Netflix untuk beberapa projek baharu, antaranya adalah olahan semula Death Note.

Projek lain mereka adalah bersama dengan studio Steven Spielberg, iaitu Amblin Entertainment dan juga bekerjasama dengan Paramount Television untuk mengadaptasi novel Stephen King dan Peter Straub – The Talisman. Ia adalah satu siri TV aksi nyata yang akan dicipta oleh Curtis Gwinn (Stanger Things, The Walking Dead).

The Talisman adalah kisah pengembaraan Jack Sawyer dari pesisir laut New Hampshire ke pantai California untuk mencari tangkal untuk menyelamatkan ibu beliau yang sedang sakit. Jack kemudiannya memasuki ke dalam Territories, satu dunia alternatif yang masih berada di abad pertengahan (medieval) yang mana setiap manusia dari dunia sebenar adalah satu replika yang digelar sebagai twinners. Di dunia ini, ibu Jack adalah permaisuri dan turut sakit dan nazak.

Sohor Kini