The Duffer brothers sudah pun mengesahkan yang Stranger Things mempunyai cerita yang rumit dan ia tidak boleh tamat dengan empat musim sahaja. Oleh itu, Stranger Things 4 adalah permulaan untuk penamat – yang mana francais ini akan berakhir dengan Stranger Things 5.

Stranger Things 4 yang kini merupakan siri TV Inggeris paling popular di Netflix, telah mencapai lebih 1 bilion jam tontonan. Ia adalah siri TV Netflix kedua selepas Squid Game menerima tontonan sebanyak ini. Musim keempat yang dipecahkan kepada dua bahagian, tamat dengan episod sembilan dalam bahagian 2.

Tetapi, ia berakhir dalam keadaan yang sedikit tergantung. Musim kelima dilaporkan tidak akan sepanjang musim keempat dan turut akan mempunyai penamat berbeza seperti LotR: Return of the King. Watak-watak akan berpecah melakukan misi masing-masing dan mereka semua akan mempunyai pengakhiran tersendiri.

Stranger Things

Selepas Stranger Things 5, Netflix akan hadir dengan siri sampingan pula berdasarkan idea The Duffer Brothers. Siri sampingan ini akan dihasilkan oleh studio baharu mereka, Upside Down Pictures. Siri sampingan ini turut dikatakan akan berbeza dengan penceritaan Stranger Things yang semua kenal. Ia masih belum ditulis, atau mula dibangunkan lagi. Tetapi idea ingin dibentangkan sudah ada dan setakat ini hanya pelakon Finn Wolfhard yang memainkan watak Mike sahaja tahu apakah kisah di sebalik siri ini.

Sohor Kini