GAW dan Amazon telah menandatangani perjanjian untuk IP Warhammer 40,000 agar ia boleh diadaptasi menjadi francais aksi nyata. Terkini, Henry Cavill mengesahkan yang beliau sendiri akan berlakon dan membangunkan francais ini.

Dengan pengalaman dan bakat dalam industri perfileman, Cavill yakin beliau boleh menjayakan Warhammer 40,000 versi aksi nyata. Beliau akan bekerjasama dengan Natalie Viscuso di bawah Vertigo Entertainment.

Kini Cavill dalam proses mencari pengarah, pencipta dan penulis agar perkara ini tidak terkubur. Ia juga adalah satu peluang baharu untuk beliau selepas meninggalkan watak Geralt dalam siri The Witcher di Netflix dan tidak dapat kembali berlakon sebagai Superman dalam DC Universe.

Sohor Kini