Henry Cavill Tidak Akan Kembali Ke The Witcher

Henry Cavill mengumumkan kepada peminat bahawa beliau tidak akan menjadi pelakon filem Superman baharu di bawah James Gunn and Peter Safran semalam. Pengumuman yang amat mengejutkan kerana beliau kembali memakai sut ikonik Man of Steel di dalam filem Black Adam baru-baru ini. Peminat The Witcher diberikan harapan pula beliau akan kembali sebagai Geralt.

Menurut laporan Variety hari ini, Cavill tidak akan kembali sebagai Geralt kerana Netflix akan meneruskan siri dengan Liam Helmsworth. Antara isu yang dilaporkan ialah Cavill sebelum ini tidak bersetuju dengan perubahan yang dilakukan oleh penulis sir dari buku asal. Sebagai peminat tegar permainan video dan buku The Witcher, beliau terus menarik diri bagi mengelakkan konflik.

Di DC Studio pula, masa depan DC Universe akan dirombak sekali dengan dengan Gunn dan Safran akan menghasilkan dunia baharu luar daripada Snyderverse. Ini memerlukan pelakon-pelakon baharu. Wonder Woman 3 dilaporkan tidak diteruskan dengan Jason Momoa pula berubah watak dari Aquaman ke Lobo. Siapakah yang layak memakai mantel merah Superman selepas ini?

Sumber – Variety

Sohor Kini