Henry Cavill melalui perkongsian di Instagram beliau telah mengumumkan yang beliau tidak akan kembali sebagai Superman untuk projek-projek seterusnya DC, ini adalah selepas perbincangan dengan James Gunn dan Peter Safran yang dilantik menjadi ketua bersama DC Films sebelum ini.
Oktober lepas, diumumkan yang beliau akan kembali sebagai Superman, beliau juga membuat penampilan di dalam Black Adams, namun ia berubah dengan pelantikan James Gunn dan Peter Safran yang akan memulakan semula dunia DC Universe.
Henry Cavill mengakhiri perkongsiannya dengan mengatakan yang masa dia untuk menjadi Superman sudah berakhir akan tetapi nilai yang di bawa oleh Superman akan berterusan menjadi pedoman kepada semua.
Ini adalah watak seterusnya yang tidak akan di bawa oleh Henry Cavill selepas mengumumkan tidak lagi akan menjadi Geralt di dalam siri Netflix The Witcher.