Games Workshop (GAW) adalah syarikat di sebalik permainan atas meja Warhammer 40K iaitu seakan D&D tetapi bertemakan peperangan. Warhammer 40,000 adalah antara yang paling popular di dunia dengan papan main, model-model watak mini dan turut melibatkan dadu.

Baru-baru ini, GAW mengumumkan yang mereka telah menandatangani perjanjian bersama Amazon untuk memberi hak IP kepada mereka agar Warhammer 40,000 boleh diadaptasi menjadi filem untuk Prime Video.

Ketika perjanjian ini dilakukan tiada sebarang informasi mengenai pihak mana yang akan terlibat seperti pelakon, penulis skrip, studio produksi bagi menjayakan adaptasi filem aksi nyata Warhammer 40,000. Tetapi mereka yang minat dan mengikuti pasti tahu, Warhammer 40,000 berlaku di masa hadapan dan melibatkan makhluk asing, makhluk ghaib menentang manusia.

Sohor Kini