Sebelum ini kita telah diperlihatkan imej Barbie lakonan Margot Robbie serta Ken lakonan Ryan Gosling untuk filem Barbie, iaitu filem mengenai patung popular keluaran Mattel. Hari ini, Warner Bros telah berkongsi treler acah untuk filem tersebut dan anda boleh tontonnya di bawah.

Treler bermula dengan memperlihatkan kanak-kanak sedang bermain patung dalam bentuk bayi dan mengatakan pada waktu itu, patung bayi adalah satu-satu pilihan yang ada, sehingga hadirnya Barbie. Di pengakhiran treler turut diperlihatkan Barbie Land yang akan menjadi tempat utama di dalam filem ini.

Buat masa ini plot penceritaan masih tidak dikongsi, tetapi ia dikatakan sebagai filem komedi romantik. Selain Margot Robbie dan Ryan Gosling, pelakon lain yang terlibat adalah Will Ferrell yang akan menjadi CEO kepada Mattel, bersama dengan beberapa lagi pelakon yang akan turut membawa watak Barbie dan Ken tetapi versi yang berlainan.

Filem ini akan ditayangkan di pawagam pada 21 Julai 2023.

Sohor Kini