87North adalah studio yang menghasilkan filem John Wick, Bullet Train, Deadpool 2, Nobody atau yang terkini Violent Night. Studio ini dibangunkan oleh Kelly McCormick iaitu penerbit bagi filem-filem ini.

McCormick yang bertanggungjawab dengan Nobody dan Violent Night memberitahu Collider yang beliau dan studio sedang membangunkan Nobody 2 bersama Bob Odenkirk dan turut sibuk ingin menghasilkan pelbagai kandungan asli.

Kemudian jika dalam masa beberapa minggu ini semuanya berjalan dengan lancar, Violent Night 2 lakonan David Harbour juga akan dibangunkan. Violent Night adalah filem aksi baharu yang memfokuskan kepada Kris Kringle iaitu Santa ganas yang menewaskan pasukan perompak yang menceroboh rumah keluarga orang kaya.

Nobody pula adalah kisah pembunuh upahan yang ingin bersara, tetapi masih hebat beraksi demi melindungi keluarga beliau. Ia boleh dikatakan seakan John Wick tetapi lebih cool. Violent Night baru sahaja ditayangkan sekitar satu minggu, dan anda boleh baca ulasan kami di pautan bawah;

Baca: Ulasan Violent Night – Santa Yang Ganas

Sohor Kini