Lanjutan daripada laporan kami sebelum ini mengenai studio Onoma yang juga dikenali sebagai Square Enix Montreal telah ditutup oleh pemilik baharu iaitu Embracer Group. Hari ini mereka juga telah mengumumkan yang permainan mereka seperti Arena Battle Champions, Deus Ex GO, Hitman Sniper: The Shadows dan Space Invaders: Hidden Heroes akan ditutup pada 4 Januari 2023.

Sebelum penutupan tersebut, kesemua permainan mudah alih ini juga akan dibuang daripada Apple App Store dan Google Play Store, manakala pembelian di dalam aplikasi tidak lagi ditawarkan, dan sebarang pembelian perlu digunakan sebelum 4 Januari kerana tiada pembayaran balik akan diberikan.

Bagi permainan seperti Deus Ex GO yang merupakan permainan solo, juga dikatakan tidak lagi boleh diakses selepas 4 Januari, walaupun pemain sudah membeli permainan tersebut secara penuh yang menerima kritikan daripada pemain.

Sohor Kini