Deus Ex Baharu Di Peringkat Awal Pembangunan – Oleh Eidos Montreal

Pemberita Bloomberg, Jason Schreier telah mengatakan yang Eidos Montreal sedang membangunkan permainan baharu Deus Ex dan ia masih di peringkat awal pembangunan. Selain itu, Eidos Montreal juga sedang membangunkan IP baharu dan juga akan bersama dengan Platyground Games dan Xbox Game Studios untuk membangunkan Fable.

Perkara ini dilaporkan bersama dengan Embracer Group telah mengumumkan penutupan Onoma yang sebelum ini dikenali sebagai Square Enix Montreal. Mereka terkenal dengan permainan mudah alih sepeti Hitman Go.

Penutupan ini dikatakan kerana Embracer Group buat masa ini hanya memfokuskan kepada permainan untuk konsol dan juga PC. 200 pekerja akan terkesan dengan sebahagian daripada mereka akan dipindahkan ke Eidos Montreal.

Eidos Montreal dan Square Enix Montreal merupakan sebahagian daripada pengambil-alihan yang dilakukan oleh Embracer Group melalui transaksi dengan Square Enix. Mereka juga mengambil-alih Crystal Dynamics bersama dengan IP seperti Tomb Raider, Deus Ex, dan Thief.

Sohor Kini