Kota Disney Di Melaka? Disney Kata Tiada Perancangan

Sebelum ini kami melaporkan yang Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis telah mengatakan yang mereka merancang untuk membina taman tema Disneyland dan juga sistem ‘Maglev’.

Namun, hari ini berdasarkan perkongsian oleh Heather Chen iaitu pemberita untuk CNN telah mengeluarkan ciapan mengatakan yang Disney tiada dalam perancangan untuk membina Disneyland di asia tenggara.

Ciapan tersebut telah di padamkan dan menurut Heather Chen ia adalah selepas permintaan oleh pihak Disney sendiri.

Buat masa ini masih tiada kenyataan rasmi daripada pihak kerajaan Negeri Melaka mengenai pengumuman ini, dan oleh itu buat masa ini kita boleh katakan yang Disneyland di Malaysia ataupun di Melaka adalah sekadar angan-angan sahaja.

Sohor Kini