Disneyland Terbesar ASEAN Akan Dibina Di Jasin, Melaka

Kemaskini: Berdasarkan beberapa laporan, Disney dikatakan tidak mempunyai sebarang perancangan untuk membuka Kota Disney ataupun Disneyland di Malaysia. – Kota Disney Di Melaka? Disney Kata Tiada Perancangan.

Disneyland adalah antara taman tema yang popular. Ia berada di merata dunia, dan secara peribadi kenangan terindah saya adalah ketika pergi ke Disneyland Hong Kong selepas SPM. Akan datang, anda tidak perlu merantau jauh ke luar negara kerana Disneyland dilaporkan akan dibuka di Malaysia.

Menurut Melaka Hari Ini, Disneyland akan dibina di Jasin Melaka dan menjadi taman tema Disney terbesar ASEAN selepas China, Korea, Eropah dan Jepun. Ia dikatakan akan dibina di sekitar Jasin, Melaka dan mempunyai keluasan sekitar 150-200 ekar.

Bukan itu sahaja, Melaka turut dalam perancangan untuk membina sistem kereta api Maglev bagi menghubungkan kawasan-kawasan menarik untuk memikat hati para pelacong sepanjang 22 kilometer.

Selain Disneyland, Disney City turut dirancang untuk dibina di negeri ini. Kos perbelanjaan dianggarkan mungkin mencapai sehingga RM2 bilion.

Sohor Kini