Daniel Kaluuya adalah pelakon yang hebat. Filem terkini beliau adalah Nope yang menerima sambutan baik sebagai sebuah filem seram serangan makhluk asing. Disebabkan Nope juga, Kaluuya tidak kembali sebagai W’Kabi dalam Black Panther: Wakanda Forever.

Tetapi, beliau kini diberi peluang untuk terlibat dengan filem Marvel lain iaitu Spider-Man: Across The Spider-Verse. Kaluuya dikatakan akan menjadi  Hobart “Hobie” Brown atau dikenali sebagai Spider-Punk.

Filem ini akan ditayangkan pada 2 Jun 2023 dan akan mempunyai filem ketiga Spider-Man: Beyond the Spider-Verse yang dijadualkan untuk ditayangkan pada 29 Mac 2024.

Dengan filem ini, Daniel Kaluuya menyertai pelakon lain seperti Shameik Moore, Hailee Steinfeld, Oscar Isaac, Brian Tyree Henry, Luna Lauren Velez, Greta Lee, Issa Rae, Rachel Dratch, Jorma Taccone, Shea Whigham, dan juga Jason Schwartzman.

Sohor Kini