Seperti yang semua maklum, filem animasi Spider-Man Into The Spider-Verse bakal menerima sekuel dengan judul Spider-Man: Across The Spider-Verse. Filem ini pada awalnya disahkan akan mempunyai dua bahagian. Disebabkan ada banyak yang ingin disampaikan, filem ini juga telah ditunda ke Jun 2023.

Di acara CinemaCon Phil Lord dan Chris Miller, pencipta filem animasi ini telah mendedahkan 15 minit pertama kepada yang hadir. Dalam pada itu, filem ketiga juga disahkan akan berubah judul daripada Across The Spider-Verse 2 kepada Spider-Man: Beyond The Spider-Verse.

Filem animasi ini memerlukan 1000 orang untuk diselesaikan. Ia akan memperlihatkan 240 watak daripada 6 semesta berbeza. Filem akan bermula di Earth-65 dunia Spider-Gwen dan akan merentas ke pelbagai semesta Spider-Man sehinggalah kembali ke Earth-160 tempat tinggal Miles Morales.

Filem ini akan ditayangkan pada 1 Jun 2023 di Malaysia. Namun filem ketiga masih tidak diketahui lagi.

Sohor Kini