Stranger Things 5 adalah musim terakhir bagi siri TV ini, sebelum The Duffer Brothers dan studio mereka Upside Down fokus ke siri sampingan. Musim keempat adalah yang paling popular dengan lebih 1 bilion jam tontonan ketika awal siaran. Musim kelima buat masa ini masih dalam fasa menulis skrip dan dikhabarkan tidak akan sepanjang musim keempat, tetapi akan mempunyai pengakhiran seperti LotR: Return of the King.
Twitter rasmi Stranger Things baru-baru ini mendedahkan judul episod pertama bagi musim baharu, iaitu Chapter One: The Crawl.
Stranger Things 5 dikatakan akan fokus sepenuhnya di Hawkins dan akan melompat masa ke depan sedikit, mungkin sekitar beberapa bulan selepas Hawkins terdedah dengan dunia Upside Down. Tiada butiran lagi mengenai musim baharu ini, tetapi dijangka akan mempunyai kisah lebih menarik, pengembaraan baharu dan hero yang tidak dijangka.