Stranger Things Musim 4 berakhir pada hujung minggu lepas, dan ia adalah satu penutup musim yang sangat baik, di mana anda boleh baca ulasan kami melalui pautan ini; Ulasan Stranger Thing 4 Episod 8-9 – Empat Jam Yang Memuaskan.

Dua episod terakhir untuk musim 4 sahaja sudah menjangkau 4 jam, menjadikan jumlah keseluruhan untuk musim 4 adalah lebih 13 jam, terpanjang untuk siri Strange Things.

Melalui temubual bersama dengan Josh Horowitz untuk podsiar Happy Sad Confused (dilaporkan oleh IGN). Mereka menjangkakan yang musim 5 dan juga terakhir untuk siri ini tidak sepanjang musim 4. Sebab utama yang diberikan adalah musim 5 akan meneruskan penceritaan musim 4 dan tidak lagi menyertakan pengenalan kepada watak-watak.

Selain itu, mereka juga mengatakan yang ia akan mempunyai pengakhiran seperti The Lord of the Rings: Return of the King, iaitu filem terakhir untuk trilogi The Lord of the Rings. Pengakhiran untuk Return of the King adalah satu pengakhiran yang panjang dengan kebanyakan watak diberikan pengakhiran tersendiri.

Sohor Kini