Nampaknya Stranger Things berjaya sekali lagi menjadi siri TV yang paling popular di Netflix, dengan menjadi siri yang paling banyak ditonton pada platform ini. Semasa Stranger Things 4 bahagian pertama disiarkan pada 27 Mei, ia menerima 335,010,000 jumlah jam tontonan. Ia turut kekal dalam senarai Top Ten Netflix selepas dua minggu disiarkan dengan musim-musim lepas turut berada dalam senarai sama.
Baca: Ulasan Stranger Thing 4 Episod 8-9 โ Empat Jam Yang Memuaskan
Stranger Things 4 bahagian kedua baru sahaja disiarkan pada 1 Julai lalu, dan kurang seminggu selepas siaran ia berjaya sekali lagi menjadi siri TV paling popular di Netflix. Ia berada di senarai Top Ten untuk 93 negara dengan siaran pada minggu pertama menerima 301,280,000 juta jam tontonan.

Menurut Netflix, Stranger Things 4 kini mempunyai jumlah tontonan mencapai 1.15 bilion jam tontonan. Stranger Things musim pertama sehingga ketiga turut kekal dalam senarai Top Ten untuk peringkat global dan di Malaysia hanya musim keempat berada dalam senarai. Musim pertama pada minggu ini menerima 34.47 juta jam tontonan, musim kedua dengan 30.26 juta jam dan musim ketiga pula adalah 30.28 juta jam.
Secara tidak langsung, Stranger Things 4 telah menjadi siri TV kedua mencapai lebih 1 bilion jam tontonan selepas Squid Game dengan 1.65 bilion jam tontonan.