A Quite Place: Day One adalah filem sampingan kepada francais filem A Quite Place. Ia adalah prekuel yang berlaku sebelum filem asal. Filem ini akan diarahkan oleh pengarah filem Pig (lakonan Nicolas Cage), Michael Sarnoski.

Filem prekuel ini dihasilkan berdasarkan idea John Krasinski, selaku pengarah/pelakon/penulis filem A Quite Place dan A Quite Place Part II. John Krasisnki dan isteri beliau Emily Blunt dikatakan tidak akan terlibat dengan filem prekuel ini.

Terkini, Deadline mengumumkan yang Lupita Nyong’o akan menjadi salah seorang pelakon dalam filem ini. Lupita Nyong’o cukup terkenal sebagai Nakia dalam Black Panther dan Black Panther Wakanda Forever serta Adelaide Wilson/Red dalam Us.

Filem ini masih tiada sebarang jalan cerita lagi. Berdasarkan judul ia besar kemungkinan menceritakan kisah hari pertama kejadian makhluk asing menakluki bumi seperti yang diperlihatkan dalam filem A Quite Place Part II. Untuk filem A Quite Place Part III, ia akan ditayangkan pada tahun 2025 melalui Paramount+ dan kini masih berada di fasa pembangunan awal.

A Quite Place: Day One dijadualkan untuk ditayangkan pada Mac 2024 akan datang. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenainya.

Sohor Kini