A Quite Place adalah filem seram daripada John Krasinski (Jim, The Office/Mr. Fantastic, Dr. Strange 2). Filem ini mengisahkan dunia yang diserang oleh sejenis raksasa yang ganas, membunuh dan sensitif terhadap bunyi. Ini menyebabkan manusia perlu hidup secara bersembunyi dan tidak boleh mengeluarkan sebarang bunyi.
Filem ini turut mempunyai sekuel, iaitu A Quite Place 2. Filem ini turut akan mempunyai filem ketiga yang akan menjadi filem sampingan atau prekuel. Filem ini akan ditulis oleh Jeff Nichols berdasarkan idea john Krasinski. Filem ini juga akan diarahkan oleh pengarah filem Pig (lakonan Nicolas Cage), Michael Sarnoski.

Deadline baru-baru ini melaporkan yang filem ketiga ini sudah mempunyai judul, iaitu A Quite Place: Day One. Ia masih belum ada jalan cerita penuh dan senarai pelakon, tetapi dijadualkan untuk ditayangkan pada 8 Mac 2024.
Filem keempat dalam francais ini dilaporkan akan menjadi sekuel secara terus kepada A Quite Place 2 dan dijadualkan untuk ditayangkan pada tahun 2025 nanti secara eksklusif untuk Paramount+.