Sempena hari di mana CEO ViacomCBS Bob Bakish mengumumkan yang syarikat mereka akan mengubah nama ke Paramount, beliau turut menyatakan yang fokus baharu Paramount kini adalah kepada penstriman selepas melihat kejayaan pada Paramount+. Turut ada banyak berita menarik mengenai kandungan yang akan disiarkan pada platform penstriman ini diumumkan.

Filem Sonic The Hedgehog akan diteruskan untuk filem sekuel ketiga. Manakala watak Knuckles dengan pelakon suara Idris Elba akan mempunyai siri sampingan tersendiri yang mungkin bermula sekitar tahun 2023.

Bersama-sama dengannya, Paramount turut mengumumkan filem A Quite Place ketiga yang akan mula ditayangkan pada tahun 2023. Filem ini dikatakan adalah filem sampingan yang berlaku dalam dunia sama. Manakala untuk filem sekuel ketiga A Quite Place pula, ia akan menjadi filem eksklusif siaran di Paramount+ pada tahun 2025 akan datang.

Filem sekuel ketiga A Quite Place ini akan diarahkan oleh Michael Sarnoski, iaitu pengarah filem sama Pig lakonan Nicolas Cage.

Sohor Kini