A Quiet Place adalah filem di mana dunia diserang oleh sejenis raksasa. Setiap yang hidup perlu teruskan hidup, tetapi dengan syarat tidak membuat bunyi bising. Deria pendengaran makhluk ini begitu sensitif sehinggakan bunyi bisik pun akan menyebabkan ramai orang mati.

Filem ini mempunyai sekuel, yang mana ditunda ke tahun hadapan akibat Covid-19. Berita terkini adalah, Paramount Pictures bakal hadir dengan filem ketiga untuk francais A Quiet Place. Tetapi ia bukannya sekuel terus, sebaliknya filem sampingan untuk menerokai lagi dunia yang manusia sembunyi dan perlu menjadi bisu untuk hidup.

Jeff Nichols dilaporkan oleh Deadline akan menulis dan mengarah filem ini, berdasarkan idea John Krasinski. Filem pertama dan kedua mempunyai penglibatan terus dari John sendiri. Mungkin untuk tidak kelihatan klise atau sama dengan filem sebelum, Paramount memilih John untuk bertanggungjawab dalam filem ketiga. Sinopsis penuh dan senarai pelakon masih tidak didedahkan, tetapi mereka menyasarkan dapat menayangkan filem ketiga ini menjelang tahun 2022.

Sohor Kini