Agatha: Coven of Chaos adalah siri sampingan kepada WandaVision yang memfokuskan kepada watak Agatha Harkness lakonan Kathryn Hahn. Siri ini akan disiarkan pada hujung tahun 2023 dan turut akan kembali menyertakan Emma Caulfield sebagai Dottie.

Kini, terdapat seorang lagi pelakon telah dipilih untuk menjadi salah seorang watak utama dalam siri TV ini – iaitu Joe Locke. Joe Locke adalah pelakon Charlie Spring dalam siri TV komedi Heartstopper. Watak beliau dalam Coven of Chaos masih dirahsiakan buat masa ini.

Coven of Chaos dikendalikan oleh orang sama dengan WandaVision iaitu Jac Schaefer, yang turut akan mengetuai projek siri TV Vision Quest akan datang.

Sohor Kini