WandaVision adalah siri TV MCU pertama di Disney+. Siri ini kemudiannya disahkan akan mempunyai siri sampingan, memfokuskan watak antagonis iaitu Agatha Harkness melalui Agatha: Coven of Chaos.

Terkini Deadline melaporkan satu lagi siri sampingan sedang dibangunkan berjudul Vision Quest. Siri ini akan memfokuskan watak White Vision yang muncul dalam episod 8 WandaVision iaitu binaan semula Vision oleh S.W.O.R.D untuk menghentikan Wanda dan Vision imaginasi.

Siri TV ini dikatakan akan memperlihatkan White Vision cuba mengembalikan memori dan ciri kemanusiaan beliau. Seperti siri Agatha, siri Vision turut akan dikendalikan oleh orang sama bertanggungjawab dengan WandaVision iaitu Jac Schaeffer.

Paul Bettany akan kembali sebagai White Vision, sementara Elizabeth Olsen dikatakan mungkin akan kembali sebagai Wanda Maximoff.

Sohor Kini