Agatha: Coven of Chaos adalah siri sampingan memfokuskan kepada watak Agnes atau Agatha Harkness lakonan Kathryn Hahn yang muncul kali pertama sebagai ahli sihir dalam WandaVision. Beliau adalah musuh kepada Wanda Maximoff/Scarlett Witch dan menjadi punca kepada tragedi yang berlaku dalam WandaVision.

Buat masa ini masih tiada sebarang informasi lagi apakah jalan cerita bagi siri Agatha: Coven of Chaos ini, tetapi Entertainment Weekly melaporkan yang Emma Caulfield akan kembali sebagai Dottie Jones dalam Westview atau nama sebenar Sarah Proctor.

Ini mencadangkan yang siri TV ini besar kemungkinan akan berlaku selepas WandaVision dan Agatha mungkin telah membebaskan diri dan menyebabkan huru-hara sekali lagi. Persoalannya, adakah Agatha akan kekal menjadi penjahat atau akan ada watak protagonis lain?

Siri TV ini akan disiarkan pada hujung tahun 2023 nanti. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini