Filem Black Adam telah pun ditayangkan pada minggu lepas. Ia adalah filem anti-hero lakonan Dwayne Johnson sebagai Black Adam yang turut menyertakan pasukan Justice Society of America (JSA). Filem ini mengisahkan Black Adam yang kembali selepas ribuan tahun menyepi.

Baca: Ulasan Black Adam – Filem DC Yang Nampak Gah, Tapi Hanya Ala Kadar

Black Adam dilihat menerima sambutan baik oleh orang awam dengan rating Rotten Tomatoes 90%, tetapi dihentam pengkritik dengan rating hanya 39% setakat laporan ini ditulis. Filem ini kini sudah satu minggu di pawagam dan mencipta rekod kutipan minggu pertama yang cukup baik.

Di Malaysia sahaja, Box Office Mojo melaporkan kutipan minggu pertama telah mencapai $2,300,000 iaitu sekitar RM10,902,000. Kutipan di peringkat dunia pula adalah $209,904,323 iaitu sekitar RM994,946,491.

Dengan sambutan baik filem Black Adam ini, pelbagai perancangan telah disahkan untuk masa hadapan DCEU. Pertama sekali, penerbit Black Adam dan Dwayne Johnson sendiri berminat untuk hadir dengan filem Black Adam vs Superman. Kemudian, menurut Dwayne Johnson sendiri – Black Adam adalah permulaan baharu DCEU dan filem ini adalah Fasa 1 yang akan dikembangkan lagi.

Tetapi tidak jelas adakah ini perancangan 10 tahun oleh Warner Bros. Discovery ataupun satu lagi filem DC dalam dunia tersendiri.

Sohor Kini