Dwayne Johnson sebelum ini pernah berkongsi, antara sebab beliau berlakon dan terlibat dengan pembangunan filem Black Adam adalah untuk menjadikan filem Black Adam vs Superman satu realiti. Kini filem Black Adam sudah pun ditayangkan, di mana ia adalah filem terakhir Walter Hamada iaitu presiden DC Films yang dilaporkan sudah pun meletakkan jawatan.
Penerbit filem ini iaitu Hiram Garcia telah berkongsi perancangan mengenai filem Black Adam vs Superman. Beliau menyatakan filem ini bukan sekadar satu pertempuran sahaja antara dua watak ini, tetapi adalah filem dengan penceritaan penuh mengenai Black Adam dan Superman wujud dalam dunia yang sama.
Filem ini mungkin akan menjadikan Superman sebagai musuh Black Adam atau kedua-duanya boleh bekerjasama dengan baik dan kadangkala turut akan tidak akan bersependapat. Hiram Garcia yakin yang peminat ingin saksikan perjalanan dua watak ini yang lebih mendalam.
Baca: Ulasan Black Adam – Filem DC Yang Nampak Gah, Tapi Hanya Ala Kadar