Netflix kini sedang fokus dalam arena permainan video. Untuk peringkat awal, mereka memperkenalkan hab permua melalui aplikasi Android dan iOS – di mana semua permua memerlukan akaun Netflix untuk dimainkan. Mereka turut pernah dilaporkan berminat untuk membangunkan platform penstriman permainan video.

Terkini Techcrunch telah mengumumkan, Netflix telah membuka studio baharu di California di bawah pengawasan Chacko Sonny iaitu bekas penerbit Overwatch di Blizzard. Informasi ini dikongsi oleh timbalan presiden perniagaan permainan video Netflix, Mike Verdu. Beliau menyatakan yang Netflix sedang meneroka dengan serius untuk penawaran perkhidmatan penstriman permainan video agar pelanggan boleh bermain di mana-mana sahaja. 

Tidak dinafikan ini adalah satu langkah berani, kerana Google yang merupakan syarikat teknologi gergasi turut menghentikan Stadia. Jadi tidak tahu sejauh mana platform penstriman permainan video Netflix ini boleh pergi nanti. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini