Bulan Ogos lepas, selepas Warner Bros. Discovery mengumumkan mereka akan mengolah semula dunia DC dengan akan hadir dengan perancangan untuk 10 tahun – mereka tidak pasti sama ada ingin teruskan dengan filem Wonder Woman 3 atau Superman dan sebagainya. Kini nampaknya mereka sudah bersedia dan penulis dan pengarah filem Wonder Woman sebelum ini disahkan akan meneruskan untuk siapkan skrip filem ketiga Wonder Woman.

Bukan itu sahaja, filem yang mengalami banyak masalah dengan pelakon utama iaitu The Flash lakonan Ezra Miller turut dikatakan akan mempunyai sekuel. Skrip filem kini sedang ditulis oleh David Leslie Johnson-McGoldrick iaitu penulis skrip Aquaman. Tetapi, filem sekuel hanya akan diteruskan berdasarkan kutipan The Flash yang akan ditayangkan pada 23 Jun 2023 nanti.