Transformers: Rise Of The Beasts adalah filem aksi nyata ketujuh dalam francais Transformers. Filem ini akan berlaku pada tahun 90-an dan memfokuskan kepada konsep Beast Wars dengan watak robot seperti Maximals, Predacons, Terracons dan Optimus Prime. Bersama-sama dengan setiap robot adalah watak manusia Noah dan Elena lakonan Anthony Ramon serta Dominique Fishback.

Ron Perlman dilaporkan akan menjadi suara kepada Optimus Primal dan filem ini akan memulakan trilogi baharu bagi francais Transformers. Terkini, pengarah filem ini iaitu Steven Caple Jr. mendedahkan yang Michelle Yeoh dan Pete Davidson turut akan berlakon dalam filem ini. Yeoh akan menjadi suara kepada Maximal Airazor, sementara Davidson pula akan menjadi suara kepada Autobot Mirage.

Filem ini akan ditayangkan pada 9 Jun 2023.

Sohor Kini