Transformers adalah siri permainan terkenal daripada Hasbro. Ia menjadi lebih popular apabila diadaptasi menjadi pelbagai siri animasi dan juga filem aksi nyata. Untuk filem aksi nyata yang ketujuh, iaitu Transformers: Rise Of The Beasts – ia adalah adaptasi kepada Beast Wars. Iaitu keturunan makhluk asing robotik yang boleh berubah menjadi haiwan, berbanding sebelum ini yang berubah menjadi kenderaan.

Filem ini akan memfokuskan bagaimana Maximals, Predacons dan Terracons bertemu dengan Autobots dan Decepticons di bumi. Ia adalah filem prekuel, kerana berlaku pada tahun 90-an. Sudah semestinya watak Optimus Prime akan kembali, tetapi kini akan hadir dengan rekaan G1 dan Peter Cullen kembali sebagai pelakon suara. Tetapi siapa pula akan menjadi suara kepada Optimus Primal? Menurut Collider, Ron Perlman akan kembali meminjamkan suara beliau sebagai watak gorila robotik ini selepas Transformers: Power of the Primes.

Watak manusia yang sudah disahkan adalah Noah lakonan Anthony Ramon dan Elena lakonan Dominique Fishback. Filem ini diarahkan oleh pengarah filem Creed II, iaitu Steven Caple Jr. Filem ini juga akan mendedahkan bagaimana Cybertronian boleh berkait dengan bumi dan juga manusia.

Steven Spielberg juga dilaporkan terlibat dengan produk filem ini. Filem ini dijadualkan untuk ditayangkan pada 23 Jun 2022 tahun hadapan. Sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut mengenai filem ini.

Sohor Kini