Transformers: Rise Of The Beasts adalah adaptasi kepada Beast Wars dan akan menjadi filem aksi nyata ketujuh dalam francais filem Transformers. Maximals, Predacons dan Terracons bertemu dengan Autobots dan Decepticons di bumi akan menjadi titik fokus filem ini, kerana ia adalah filem prekuel yang berlaki pada tahun 90-an.

Peter Cullen akan kembali sebagai pelakon suara Optimus Prime, kini dengan rekaan G1. Optimus Primal juga akan kembali dan Ron Perlman turut akan kembali menjadi pelakon suara selepas kali terakhir beliau berlakon dalam Transformers: Power of the Primes. Pelakon lain dalam filem ini adalah Anthony Ramon yang berlakon sebagai Noah dan Dominique Fishback sebagai Elena.

Paramount turut mengumumkan yang filem Rise of the Beast ini akan memulakan trilogi baharu. Filem ini juga akan ditayangkan pada tahun 2023 nanti. Tahun ini pula, Nickelodeon akan hadir dengan siri animasi baharu dan pada tahun 2024 filem animasi CG pula akan ditayangkan di pawagam.

Sohor Kini