Pengarah dan penulis filem Black Panther adalah Ryan Coogler. Beliau boleh dikatakan cukup berbakat dengan kerja beliau dan filem Black Panther serta treler Black Panther: Wakanda Forever adalah bukti.

Dalam satu temuramah bersama Entertainment Weekly, beliau menyatakan selepas kematian Chadwick Boseman – beliau hampir berhenti terus terlibat dengan industri perfileman. Apatah lagi terlibat dengan filem sekuel Black Panther.

Antara sebab beliau ingin berhenti adalah Chadwick merupakan seorang kawan baik dan turut sentiasa memberi beliau semangata serta menjayakan diri beliau sebagai seorang pencipta filem. Kemudian beliau yang merindui Chadwick menonton kembali video beliau bersama dengan mendiang dan ia membuatkan beliau yang Chadwick Boseman bantu beliau berjaya dan hanya jika beliau teruskan semangat yang sama untuk bekerja dalam industri perfileman, ia turut akan memperingati mendiang.

Akan datang Ryan Coogler turut akan terlibat sebagai penerbit bagi siri TV Ironheart untuk Disney+ selepas menulis watak ini untuk terlibat dalam Black Panther 2.

Sohor Kini