Treler terkini Black Panther Wakanda Forever diterbitkan sebentar tadi dan seakan mengesahkan identiti Black Panther baharu selepas kematian King T’Challa. Pada waktu yang sama watak antagonis filem ini juga dapat dilihat dengan jelas bersama dengan kemusnahan yang dibawa oleh beliau.

Filem arahan Ryan Coogler ini amat dinantikan kerana ramai tertanya-tanya siapakah yang akan menjadi Black Panther selepas kematian pelakon asal Chadwick Boseman akibat kanser lebih dua tahun yang lalu.

Penggambaran filem ini juga terhenti beberapa kali kerana pandemik serta Letitia Wright yang memegang watak Shuri enggan mengambil suntikan vaksinasi yang diwajibkan oleh pihak Marvel Studios. Black Panther Wakanda Forever akan ke layar perak pada 11 November.

Turut dikongsi malam ini ialah poster rasmi filem yang sekali lagi memberikan bayangan bahawa Siri akan menjadi Black Panther baharu.

Sohor Kini