Ironheart adalah siri TV MCU Disney+ mengisahkan Riri Williams, remaja wanita genius yang boleh membina teknologi kecerdasan buatan tersendiri bersama dengan perisai mengikut jejak langkah Tony Stark/Iron Man.

Dominique Thorne adalah pelakon untuk watak Riri, bersama dengan beliau adalah Anthony Ramos dan Lyric Ross. Siri TV ini disahkan akan diarahkan oleh Sam Bailey dan Angela Barnes, manakala ketua penulis adalah  Chinaka Hodge (siri TV Snowpiercer).

Terkini pengarah filem Black Panther dan Black Panther: Wakanda Forever iaitu Ryan Coogler turut disahkan akan menjadi penerbit bagi siri TV ini di bawah syarikat beliau Proximity. Siri TV ini dijangka akan disiarkan pada tahun 2023.

Sementara menanti siri TV Ironheart, watak Riri akan muncul dalam filem Black Panther: Wakanda Forever terlebih dahulu yang dijadualkan untuk ditayangkan pada bulan November akan datang. Adalah teknologi perisai Riri akan menggunakan teknologi Vibranium? Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini