Black Panther 2 akan tiba pada 8 Julai 2022. Filem ini akan diarahkan dan juga ditulis oleh Ryan Coogler, iaitu individu yang sama yang menjayakan filem Black Panther pertama. Filem sekuel ini akan memfokuskan kepada dunia Wakanda yang tidak didedahkan di dunia perfileman lagi. Sebagai tanda hormat kepada Chadwick Boseman, watak T’Challa tidak akan ada pengganti dan tiada CGI Chadwick akan diperkenalkan.

Black Panther itu sendiri, iaitu Raja Wakanda boleh diambil-alih oleh sesiapa sahaja yang layak. Dunia Wakanda yang penuh inovasi, membangun, berteknologi tinggi, dari segi ekonomi, politik dan puak-puak banyak lagi yang boleh diceritakan akan diceritakan dalam filem ini. Bagi menjayakan terus dunia Wakanda ini, Disney telah menandatangani perjanjian dengan Ryan Coogler untuk menghasilkan siri TV khusus mengenai Wakanda.

Ryan Coogler dan syarikat produksi beliau Proximity Media, menandatangani kontrak eksklusif selama lima tahun. Mungkin 4-6 musim? Siri TV ini akan meneruskan penyampaian dunia Wakanda dari idea kreatif Ryan. Dengan kuarters Avengers yang sudah musnah, mungkin Wakanda boleh jadi tempat setiap adiwira Avengers berkumpul? Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini