Avengers: Secret War adalah filem yang dijangka akan menjadi paling gempak, kerana ia merupakan filem penutup kepada MCU Fasa 6. Filem ini dijadualkan untuk ditayangkan pada 7 November 2025.

Kevin Feige telah mengesahkan yang Russo Brothers tidak akan terlibat dengan filem ini dan buat masa ini masih tiada sebarang informasi mengenai pembangunannya. Terkini, Deadline melaporkan yang Marvel telah menemui penulis mereka untuk filem penutup fasa keenam ini, iaitu Michael Waldron.

Michael Waldron adalah penulis bagi siri TV Loki dan Doctor Strange in the Multiverse of Madness. Jadi nampaknya Marvel percaya akan kebolehan Michael Waldron untuk menulis projek yang lebih besar pula. Pengarah masih belum disahkan lagi buat masa ini.

Bagi filem Avengers: The Kang Dynasty, Jeff Loveness iaitu penulis filem Ant-Man and Wasp: Quantumania akan menjadi penulis skrip dan Destin Daniel Cretto iaitu pengarah filem Shang-Chi akan menjadi pengarah.

Sohor Kini