The Hollywood Reporter telah melaporkan yang filem Avengers pertama untuk MCU Fasa 6 iaitu Avengers: The Kang Dynasty akan diarahkan oleh Destin Daniel Cretton iaitu pengarah untuk Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings yang dikeluarkan pada tahun lepas.

Buat masa ini tidak disahkan lagi jika beliau akan menjadi pengarah untuk satu lagi filem Avengers iaitu Avengers: Secret Wars.

Kevin Feigi sebelum ini telah mengesahkan yang Joe dan Anthony Russo yang merupakan pengarah untuk Avengers: Infinity War dan Avengers: Endgame tidak akan kembali untuk mengarah filem Avengers seterusnya.

Ketika San Diego Comic-Con yang lepas, Marvel telah mengumumkan yang dua filem Avengers akan tiba ketika MCU Fasa 6 iaitu Avengers: The Kang Dynasty yang akan tiba pada 2 Mei 2025 dan Avengers: Secret Wars yang akan tiba pada 2 November 2025, yang juga akan menjadi penutup untuk MCU Fasa 6.

Sohor Kini