Semasa acara Oscar tahun ini, Chris Rock telah ditampar oleh Will Smith. Sejak tragedi ini, banyak projek lakonan Will Smith dilihat telah dibatalkan seperti autobiografi “Will” mengenai kisah hidup beliau dan juga filem Apple TV+ Emancipation.
Emancipation pada awalnya dilaporkan akan ditunda ke tahun 2023, tetapi nampaknya ia tidak berlaku kerana Apple Tv+ akan terus menyiarkan filem ini pada hujung tahun ini iaitu 9 Disember akan datang. Treler bagi filem ini turut dikongsi, anda boleh tontonnya di bawah;
Emancipation adalah filem mengenai Peter (Will Smith) yang cuba membebaskan diri dari perhambaan. Dengan kebijaksanaan beliau, kepercayaan serta sayang kepada keluarga beliau berusaha mengelak dari pemburu kejam di Louisana. Filem ini diadaptasi daripada kisah benar berdasarkan gambar 1863 yang memperlihatkan Whipped Peter ketika rawatan Union Army yang muncuk kali pertama di Harper’s Weekly.
Satu imej diberi nama sebagai The Scouraged Back yang mendedahkan bahagian belakang Peter cedera dirotan oleh “tuan” beliau.
Selain Will Smith, Ben Foster, Charmaine Bingwa, Gilbert Owuor, Mustafa Shakir, Steven Ogg, Grant Harvey, Ronnie Gene, Blevins Jayson, Warner Smith, Jabbar Lewis, Michael Luwoye, Aaron Moten dan juga Imani Pullum turut akan berlakon dalam filem ini.