Ingat lagi acara Oscar 2022 yang berlaku pada 28 Mac lepas? Dune menang besar dan Chris Rock kena tampar.

Yang menampar Chris Rock adalah Will Smith, iaitu pemenang Pelakon Lelaki Terbaik kerana lakonan beliau dalam filem “King Richard”. Will Smith juga mempunyai buku autobiografi berjudul Will yang menceritakan kisah hidup beliau.

Buku ini dalam proses untuk diadaptasi menjadi filem atau siri TV, kerana Netflix dan Apple TV+ sedang berlawan bida untuk memegang hak IP buku ini. Namun atas sikap Will Smith menampar Chris Rock di Oscar, Netflix dan Apple TV+ telah membatalkan niat mereka untuk menghasilkan kandungan asli berdasarkan autobiografi Will. Menurut sumber, mereka rasakan ada risiko tinggi untuk mempunyai projek bersama Will.

Dana yang mereka ada untuk projek ini akan dialihkan kepada pelakon berkulit gelap lain dan mungkin mereka akan bangunkan idea sendiri. Antara calon yang ada potensi adalah Mike Epps dan Michael B. Jordan kerana mereka mesra keluarga.

Turut tidak pasti apa akan berlaku dengan filem Emancipation, iaitu filem asli Apple TV+ dengan Will Smith sebagai pelakon utama. Filem ini dijadualkan untuk disiarkan pada hujung tahun akan datang.

Sohor Kini