Pada tahun 2019, Marvel Studios telah mengumumkan yang Mahershala Ali akan menjadi pelakon baharu untuk watak Blade di dalam filem olahan semula – mengambil alih dari Wesley Snipes.

Ketika San Diego Comic-con, Marvel telah memperlihatkan yang Blade akan ditayangkan pada 3 November 2023, selain itu ia juga merupakan sebahagian daripada Marvel Cinematic Universe Fasa 5.

Blade merupakan watak adiwira di dalam komik Marvel dan dicipta oleh Marv Wolfman. Dia merupakan dhampir iaitu kacukan di antara pontianak dengan manusia. Di dalam komik dan filem sebelum ini, dia merupakan pemburu pontianak.

Sohor Kini