Filem Pendatang oleh Kuman Pictures mungkin mempunyai cara mengumpul dana paling menarik pernah dilakukan dalam sejarah layar perak negara. Kempen biayasama menerusi laman Indiegogo akan digunakan bagi membolehkan ia difilemkan sebelum ditayangkan secara percuma menerusi YouTube.

Walaupun kempen mengumpul dana sudah dibuka sejak 15 Ogos lalu, Pendatang hanya mampu mengumpul 47% daripada sasaran RM 323,700 dengan kempen akan ditutup dalam masa 10 hari sahaja lagi pada 6 Oktober. Bagi mereka yang berminat untuk menyokong filem Pendatang, projek ini boleh disokong pada harga serendah RM46 dan meningkat ke RM46,000 untuk tahap yang lebih tinggi. Sekiranya sasaran gagal dicapai, filem ini tidak akan dihasilkan seperti perancangan asal untuk menayangkannya pada 31 Ogos 2023.

Pendatang ialah filem distopia yang membayangkan suasana Malaysia di mana setiap kaum dilarang bergaul dengan kaum lain, berikutan satu enakmen undang-undang yang digubal selepas rusuhan. Konflik wujud apabila sebuah keluarga Cina menemukan seorang gadis Melayu di kawasan Cina. Sekiranya ini diketahui pihak berkuasa keluarga ini boleh dipenjara 25 tahun.

Sokong projek Pendatang menerusi Indiegogo di sini.

Sohor Kini