Seperti yang semua sedia maklum, Disney+ Hotstar akan hadir dengan filem aksi nyata Pinocchio yang diadaptasi daripada animasi klasik.

Dalam filem ini Tom Hanks akan berlakon sebagai Geppetto, sementara Benjamin Evan Ainsworth sebagai Pinocchio. Disney sebentar tadi telah kongsi treler baharu untuk filem ini;

Dalam treler, ia memperlihatkan perjalanan cerita yang lebih kurang sama dengan animasi asal. Geppetto bina Pinocchio, ia hidup dan mengenali dunia sebenar, berdepan dengan pelbagai cabaran hidup dan menemui pelbagai jenis individu dengan perwatakan menarik.

Yang paling membuatkan filem ini tidak sabar untuk ditonton adalah rekaan dan pegerakan Pinocchio yang cukup realistik sebagai satu boneka kayu. Watak-watak haiwan juga kelihatan hebat dan treler turut memperlihatkan hidung Pinocchio menjadi panjang akibat menipu.

Filem ini akan disiarkan di Disney+ Hotstar pada 8 September nanti bersempena dengan Disney+ Day.

Sohor Kini