Disney+ Hotstar akan kembali dengan acara tahunan mereka iaitu Disney+ Hotstar Day, di mana mereka akan mengumumkan kandungan-kandungan akan datang yang akan disiarkan di platform penstriman mereka.
Acara ini akan bermula pada 8 September akan datang. Berikut adalah antara yang akan disiarkan nanti;
Dokumentari mengenai di sebalik tabir pembangunan siri TV Obi-Wan Kenobi yang berlaku 10 tahun selepas Revenge of the Sith. Ewan McGregor, Hayden Christensen dan pengarah Deborah Chow akan berkongsi pengalaman mereka dalam rancangan ini.
Filem animasi popular Frozen dan sekuelnya Frozen 2 akan hadir dengan versi karaoke untuk penonton menyanyi bersama-sama watak mengikut pengembaraan dalam cerita.
Filem pendek The Simpsons mengenai Lisa yang ingin seronok menjadi seorang puteri yang jahat.
Siri TV mengenai Eric Dalaras yang ingin merungkai misteri kehilangan ibu bapa beliau lapan tahun lalu. Dibesarkan oleh atuk dan nenek, kemudian melarikan diri bersama adik beliau Uma untuk kembali ke taman tema seram “Tierra Incógnita” – tempat kali terakhir ibu bapa mereka kelihatan.
Filem aksi nyata yang diadaptasi daripada filem animasi klasik Disney, Pinocchio. Tom Hanks sebagai Geppetto, Benjamin Evan Ainsworth sebagai Pinocchio, Luke Evans sebagai watak baharu The Coachman, Cynthia Erivo sebagai Blue Fairy; Keegan-Michael Key pula memainkan watak “Honest” John, Lorraine Bracco menjadi Sofia the Seagull dan Joseph Gordon-Levitt menjadi peneman Pinocchio iaitu Jiminy Cricket.
Siri animasi berdasarkan francais popular Cars. Mengisahkan Lightning McQueen dan Mater yang mengembara untuk bertemu dengan adik Mater. Dalam perjalanan, mereka bertemu dengan pelbagai watak baharu dan perkara menarik. Lightning McQueen kembali disuarakan oleh Owen Wilson dan Mater pula oleh Larry the Cable Guy.
Sebuah siri dokumentari oleh Brie Larson (pelakon Captain Marvel) mengenai individu berusia 18-22 tahun. Terdapat 10 episod yang menceritakan pengalaman kehidupan masing-masing dalam format yang unik seperti bentuk naratif penceritaan, konsep eksperimen, dokumentari biasa atau temuramah yang berkualiti tinggi.
Rancangan realiti dengan hos Korea Selatan popular iaitu Yu Jaeseok, Lee Kwangsoo, dan Kwon Yuri. Setiap seorang akan alami satu cabaran menyelamatkan diri daripada zombi, lopak dengan cecair melekit, perlu menyelesaikan tekaria dan banyak lagi. Ia akan berlangsung selama 8 episod.
Dokumentari pengembaraan di sekitar dunia, oleh pengembara National Geographic dengan pengalaman 29 tahun yang berkongsi pengalaman mencabar, memperlihatkan lokasi rahsia di dunia dan pelbagai lagi yang dirakamkan menggunakan teknologi canggih dalam format berkualiti tinggi.
Di Amerika Syarikat, Thor: Love and Thunder turut akan disiarkan pada 8 September melalui Disney+. Tetapi untuk siaran di Disney+ Hotstar, masih tidak disahkan lagi.
Sama-sama kita nantikan September akan datang untuk saksikan banyak kandungan menarik di platform penstriman video Disney+ Hotstar.