Sebelum ini kami telah melaporkan yang Todd Philips mengesahkan yang filem Joker 2 di dalam pembangunan dengan menggunakan judul awal Joker: Folie a Deux. Kami juga menjangkakan yang judul tersebut memberi penanda yang Joker akan mempunyai pasangan kerana Folie a Deux yang juga digelar sebagai Shared Delusional Disorder (SSD) idalah sindrom psikiatri yang memberi kesan dari seorang individu ke individu yang lain.

Perkara tersebut mungkin sudah disahkan hari ini, apabila Deadline melaporkan yang Lady Gaga di dalam perbincangan awal untuk memainkan watak Harley Quinn di dalam filem tersebut. Seperti kita sedia maklum Harley Quinn adalah seorang doktor psikiatri yang jatuh cinta dengan Joker ataupun di dalam filem ini Arthur Fleck.

Lady Gaga sebelum ini terlibat dengan filem seperti House of Gucci, A Star is Born dan juga siri TV American Horror Story.

Joaquin Phoenix dijangkakan akan kembali untuk membawa watak Arthur Fleck, akan tetapi ia masih tidak disahkan lagi dan masih lagi di dalam perbincangan. Penceritaan untuk filem kedua ini juga masih tidak dikongsikan lagi.

Sohor Kini