Star Wars: Andor adalah siri TV prekuel kepada filem Star Wars: Rogue One. Siri TV ini berlaku lima tahun sebelum filem dan musim kedua adalah perjalanan empat tahun ke filem. Ia juga adalah siri TV dengan paling banyak episod, iaitu 12 episod untuk setiap musim.

Diego Luna kembali sebagai Cassian Andor, serta beberapa watak daripada filem Rogue One turut akan kembali seperti Saw Gerrera lakonan Forest Whitaker, Genevieve O’Reilly sebagai Mon Mothma dan turut akan menyertakan beberapa watak baru seperti Luthen lakonan Stellan Skarsgård.

Dalam satu temuramah bersama penulis iaitu Tony Gilroy yang juga tulis filem Rogue One bersama Empire Magazine, beliau memberitahu siri TV Andor tidak akan melakukan perkara sama yang dilakukan oleh siri TV Star Wars lain The MandalorianThe Book of Boba Fett, dan Obi-Wan Kenobi.

Perkara ini adalah penggunaan CGI StageCraft, iaitu teknologi daripada Industrial Light & Magic (ILM) yang digunakan pada The MandalorianThe Book of Boba Fett, dan Obi-Wan Kenobi. Teknologi ini adalah penggunaan banyak skrin dalam satu bulatan yang boleh memaparkan pemandangan sesuatu lokasi secara masa nyata. Teknologi ILM ini mampu menjimatkan kos produksi dengan pemandangan lokasi yang realistik.

Sebaliknya, Andor menggunakan kaedah konvensional di mana kru produksi dan pelakon akan merantau ke luar negara ke lokasi yang unik untuk penggambaran. Salah satu lokasi yang mereka pergi adalah Pitlochry, Scotland – di mana mereka menghabiskan masa berjam-jam mendaki gunung untuk rakaman pemandangan yang nampak seakan planet asing hanya untuk adegan pendek.

Manakala jika di studio iaitu di Pinewood Studios, UK – mereka bina set lokasi praktikal sendiri seperti penggambaran filem besar dan bukan untuk jimat duit seperti siri TV lain. Mereka menggunakan kaedah ini kerana ingin memberi penonton pengalaman menonton sama dengan filem Rogue One.

Star Wars: Andor akan disiarkan di Disney+ Hotstar pada 21 September akan datang dengan 3 episod pertama.

Sohor Kini