Star Wars: Andor adalah siri TV baharu Star Wars untuk Disney+. Ia adalah prekuel kepada filem Star Wars: Rogue One yang berlaku lima tahun sebelum kejadian dalam filem. Dalam siri ini, ia menceritakan bagaimana pasukan Rebel Alliance membentuk bagi menentang Galactic Empire.

Baru-baru ini, Disney hadir dengan treler baharu untuk siri TV ini;

Treler ini tidak mendedahkan banyak maklumat, selain memperlihatkan beberapa watak yang dikenali di samping memperkenalkan beberapa watak baharu. Dalam treler, ia melihat Cassian Andor sebagai pencuri berubah menjadi ahli penting dalam Rebels. Forest Whitaker turut kelihatan dalam video ini yang kembali sebagai Saw Gerrera.

Dalam siri ini, Diego Luna kembali sebagai Cassian Andor. Genevieve O’Reilly pula sebagai Mon Mothma, Stellan Skarsgård sebagai Luthen, Adria Arjona sebagai Bix Caleen, Denise Gough sebagai Dedra Meero dan turut kelihatan Kyle Soller memainkan satu watak pegawai sekuriti.

Star Wars: Andor pada asalnya dijadualkan untuk disiarkan pada 31 Ogos dengan dua episod pertama. Tetapi dalam treler ia mendedahkan yang tarikh siaran ditunda ke 21 September dengan tiga episod akan disiarkan terus.

Sohor Kini