Siri Disney+ berdasarkan Star Wars telah menjadi antara kandungan utama di dalam perkhidmatan penstriman tersebut, hari ini siri Obi-Wan Kenobi akan mula ditayangkan dan mereka juga telah berkongsi treler untuk siri Andor iaitu siri berdasarkan watak Cassian Andor.

Anda boleh tonton treler tersebut di bawah.

Cassaian Andor pertama kali membuat penampilan di dalam Rogue One: A Star Wars Story di mana dia bersama dengan Jyn Erso cuba mencuri pelan untuk Deathstar. Diego Luna akan kembali untuk melakonkan watak ini.

Siri ini berlaku sebelum kejadian di dalam filem tersebut dan memfokuskan kepada bagaimana Cassian Andor menyedari yang dia boleh melakukan lebih lagi di dalam membantu untuk melawan dengan The Empire, sehinggalah dia menjadi Rebel.

Di dalam treler tersebut turut diumumkan yang siri Andor akan tiba di Disney+ pada 31 Ogos 2022.

Sohor Kini